UPDATE :D

Assalamualaikum dan Hai !
Huhu . Lamanya aku tak update belog nih . Sorry-2 . Aku bzy dengan SM baru . FB dan bermacam lhaa .
Hahaha . Kdiam :/

Dah 3 bulan aku dkat SM . Terasa rindu dkat SK lama dulu . 3 bulan rasa macam orang gila dkat sekolah
baru nih . Baju putih , kain biru , baju sukan warna oren , rumah sukan warna hijau dan banyak . Firts time masuk sekolah baru , mende pertama aku buat ialah meroyan dan meroyan lg . Aku buat macam tuh , sebab aku taktau jalan lhaa ~ Al-maklum lhaa sekolah baru :)

Okay lha , Bhai . muah sikit :*
#Mentalkejap :D

Fuh ~

Assalamualaikum dan Hai !
Fuh lega rasanya bila sudah habis TAIP .

Kbaiii !

Bantal tidur gambarkan perwatakan kamu ?

Assalamualaikum dan Hai !
Setiap daripada kamu mempunyai cara dan posisi tidur yang berbeza-beza .Ada yang suka tidur tanpa bantal .Ada yang suka memeluk bantal .Dan ada pula yang gemar meletakkan bantal di bawah kaki .Kalau nak tahu ,tabiat ini sebenarnya menceritakan perwatakan diri kamu .Sudah ingat bagaimana cara kamu tidur menggunakan bantal ?
JOM IKUTI TEKS BERIKUT .


1. Memeluk Bantal .
Kamu yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni .Kamu mempunyai penghargaan yang tinggi terhadap lukisan ,muzik dan sastera .Perasaan kamu halus dan jiwa kamu penyayang .Menariknya ,kamu yang tidur dengan cara ini dipercayai berkebolehan membaca peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi .Kamu juga sangat prihatin terhadap kesusilaan dan kesopanan hidup .Kamu yang berkategori ini juga cenderung untuk memiliki badan yang kurus .

2. Menggunakan Banyak Bantal .
Kamu biasanya kurang kenyakinan diri .Dalam kehidupan seharian ,kamu memerlukan ahli keluarga dan kawan-kawan yang dapat membantu kamu .Kamu jarang membuat keputusan sendiri ,sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain .Sikap kamu yang suka berdikari dan suka bergantung kepada orang lain perlu diubah .

3. Tidur Dengan Satu Bantal .
Kamu pula berada dalam golongan yang cepat matang .Kamu tidak manja dan boleh menerima sesuatu keadaan dengan seadanya .Jika lakukan sesuatu kerja ,kamu melaksanakannya dengan  ikhlas .Prinsip "Fikir Dahulu Sebelum Bertindak" sentiasa menjadi keutamaan kamu dalam membuat keputusan .

4. Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki .
Kamu mempunyai sifat yang kurang baik .Sifat kamu yang jarang bergaul dengan orang ramai atau 'KERA SUMBANG' akan mengakibatkan kamu kaku dalam pergaulan .Hal ini menyebabkan kamu cenderung bersifat EGO .Selain itu ,sikap kamu yang tidak suka berusaha dengan gemar mengambil jalan mudah juga haruslah dibuang .

5. Menekup Bantal Di Atas Muka .
Kamu gemar berterus-terang dalam menyatakan sesuatu perkara .Kamu tegas dan berkebolehan menjadi seorang pemimpin .Namun ,kamu perlu menjaga pergaulan kamu terhadap orang sekeliling dengan baik .Kadangkala ,ada kata-kata kamu yang mengguris hati mereka tanpa kamu sedari .

6. Tidur Tanpa Bantal .
Kamu pula memilikki keyakinan diri yang sangat tinggi .Tetapi ,kamu perlu berhati-hati kerana sikap yakin diri kamu yang tinggi itu juga sebenarnya boleh berubah menjadi sikap mementingkan diri .Terlalu 'OVER CONFIDENCE' juga menyebabkan kamu sering memandang rendah kepada orang lain .